Sulit
4 tahun
Tidak haid sebulan check pregnant test result negatif
Assalamualaikum . saya berumur 24 tahun dan sudah berkahwin. Saya sudah sebulan tidak haid bila sya check negatif . saya juga sering sakit pinggang dan mudah penat . payu dara sya juga trsa nyeri2 . dan tidak suka hidu bila nasi masak . tapi saya tidak muntah . baru2 ni pusat sya rasa mcm tercucuk2 . sya dh check 3 kali tp result still negatif .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Gangguan hormon
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan terlalu rendah
- Fibroid dalam rahim
- Policystic Ovary Syndrome (PCOS)
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Untuk masalah sakit pinggang dan pusat rasa seperti tercucuk, ia boleh merupakan kesan sampingan daripada masalah yang anda alami.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

























