
Sulit
4 tahun
Tidak haid selama 9 bulan selepas berhenti makan pil perancang keluarga
Saya wanita 20an,saya berhenti minum pil perancang 10februari2020 haid saya berhenti pada 10 mei 2020 hingga kini saya tidak haid…adakah normal atau bagaimana ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu tidak datang haid selama 9 bulan selepas menghentikan pengambilan pil perancang. Untuk makluman anda, sebilangan wanita mungkin mengalami perubahan dalam kitaran haid mereka setelah berhenti mengambil pil perancangan keluarga. Hal ini kerana, tanpa aturan tetap hormon dari pil tersebut, kitaran haid boleh berubah. Antara masalah yang mungkin berlaku adalah kitaran haid menjadi tidak teratur atau mula mengikuti jadual yang berbeza. Beberapa wanita juga mungkin mengalami tempoh haid yang lebih lama atau lebih menyakitkan. Kebiasaannya kitaran haid anda akan kembali normal selepas 3 bulan anda berhenti mengambil pil.
Namun, saya tidak menolak kemungkinan masalah haid lewat ini mungkin disebabkan oleh maslaha lain seperti:
- Kehamilan
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid yang tidak datang? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!