
Sulit
3 tahun
Tidak period selama 1 bulan,tetapi tidak hamil
Saya remaja 16 thn,bulan lepas saya ada period,tetapi bukan tarikh yang biasanya.Saya juga tidak stres,apakah penyebab saya tidak period?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan soalan anda, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai haid anda yang terlambat. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antara perkara tersebut adalah:
- Policystic Ovary Syndrome (PCOS)
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Berat badan yang terlalu rendah
- Gangguan pemakanan (anoreksia nervosa, bulimia dll)
- Senaman yang berlebihan
Oleh itu, saya menyarankan supaya anda merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.