
Sulit
3 tahun
Tidak rasa apa apa ketika berhubungan seks
saya wanita berumur 24 tahun baru berkahwin beberapa bulan yang lalu kali pertama mengadakan hubungan seksual bersama suami saya hanya merasa sakit dan selepas beberapa kali saya merasakan yang saya tidak langsung merasa apa apa yang sepatutnya kecuali sakit dan sentuhan biasa . adakah saya perlu berjumpa doctor atau ada cara yang boleh saya merawat dari rumah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah berkaitan kesihatan seksual anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, hubungan seksual adalah sesuatu hubungan yang sangat intim dan boleh mengeratkan hubungan antara anda dan pasangan anda. Kemungkinan anda tidak dapat merasakan apa-apa kerana anda terlalu risau mengenai penampilan diri ataupun jika anda mempunyai keresahan semasa melakukan hubungan seksual. Kami menasihatkan anda untuk berbincang dengan suami anda supaya anda boleh menikmati saat bersama suami anda. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan