
christina
5 tahun
Tidak sengaja tertelan air mani
saya wanita berumur 25 tahun telah melakukan hubungan seks dengan teman lelaki saya. Ketika mencapai klimaks, dia melepaskan air mani di mulut saya menyebabkan saya tertelan sedikit air mani. Adakah perbuatan ini salah ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Secara amnya anda tidak perlu risau tentang kehamilan kerana sperma yang masuk ke dalam saluran pemakanan tidak akan melepasi ke saluran peranakan.
Sekiranya pasangan anda mempunyai penyakit kelamin, ia mungkin boleh menjangkiti anda. Namun, kebanyakan penyakit kelamin pada hari ini boleh diubati. Selain daripada itu, sekiranya anda mempunyai alahan kepada air mani, anda mungkin mengalami simptom sakit perut ataupun ruam yang lazimnya akan selesai dengan sendirinya.
Sekiranya anda ragu tentang status kesihatan anda selepas perkara itu berlaku, amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.