
Sulit
3 tahun
Tips elak berlaku iritasi
Hai doktor, saya wanita berumur 20-an. Saya nak tanya apakah cara untuk menghilangkan atau mengatasi iritasi pada alat sulit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui cara mengatasi iritasi pada alat sulit. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, bagi mengatasi masalah tersebut, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Secara umum, iritasi pada alat sulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya ialah:
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria pada kemaluan
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
Namun, masalah sebegini juga boleh berlaku akibat perkara yang lebih serius , seperti:
- Jangkitan salur kencing ( urinary tract infection )
- Jangkitan kelamin ( sexually transmitted infection )
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut tentang masalah anda serta cara mengatasinya dengan lebih tepat.
Semoga penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan