
Sulit
5 tahun
Tolong suggestkan ubatan untuk masalah eczema
Saya dah sedia ada masalah kulit eczema .tapi sejak kebelakangan nie masalah tersebut jadi makin teruk .boleh doct suggestkan ubat untuk eczema ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ekzema yang dihadapi.
Antara ubat yang boleh anda dapati tanpa preskrbsi doktor di farmasi adalah krim hydrocortisone 1% untuk mengurangkan keradangan. Namun, ubat ini tidak boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang disebabkan kesan sampingan.Selain itu, ubat antihistamine boleh digunakan untuk mengurangkan kegatalan kulit.
Namun begitu, sekiranya ubat farmasi tidak berkesan dan masalah kulit anda melarat dan semakin teruk, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan ubat yang lebih kuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.