Anonymous
6 tahun
Tulang belakang sakit
Lelaki umur 18 tahun, selalu sakit belakang, x boleh duduk n berdiri lama… Ape yg mungkij telah beelaku pd saya dan ape yg patut saye buat
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Pertama sekali, sakit pinggang atau sakit belakang adalah sesuatu masalah yang biasa dan di hadapi oleh sebahagian populasi kita. Ada banyak penyebab untuk sakit pinggang.Antaranya ialah :
- Patah tulang belakang ( Spondilolisis )
- Patah tulang rusuk
- Scoliosis ( kebengokkan tulang belakang ke sebelah tepi)
- Kyphosis ( kebengokkan tulang belakang ke bawah )
- Kemampatan cakera intervertebral
- Spondilosis ( degenerasi cakera intervertebral )
- Spondilolithesis ( kegelongsoran tulang belakang )
Sakit pinggang/belakang disebabkan oleh masalah otot dipanggil lumbago. Penyebab sakit pinggang dari lumbago adalah :
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
Namun bagi golongan remaja, anda boleh cuba ‘Back exercises’ dan doktor boleh mengajar anda teknik melakukannya hanya jika sakit tersebut bukan disebabkan masalah-masalah kesihatan yang lain.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.





























