
Sulit
5 tahun
Ubat darah tinggi terasa pening dan kadang2 tidak
Saya mengambil ubat darah tinggi Novartis Exforce HCT 10mg/160mg/12.5mg Amlodipine/Valsartan/Hydrochlorothiazide…saya dah lama makan ubat niee…cuma baru2 nie sy jarang makan dan saya rasa selesa bila x ambil…tapi apabila sy makan terasa pening pulak…setakat niee sy ambik ubat niee sekali sekala jee dah tidak kerap…so ape masalah sebenarnye yeee

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tekanan darah rendah/tinggi
- Jangkitan virus ditelinga
- Meniere’s syndrome
- BPPV
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
Untuk makluman anda, amat bahaya jika anda tidak mengambil ubat darah tinggi dan tidak mengambilnya sewenang-wenangnya. Ia boleh menyebabkan risiko strok sehingga menyebabkan anda lumpuh seumur hidup. Apabila doktor memberi preskripsi kepada anda, doktor telah pun memikirkan kesan sampingan ubat tersebut. Komplikasi darah tinggi jauh lebih teruk daripada komplikasi darah rendah. Saya sarankan anda mengambil ubat tersebut seperti biasa. namun jika tidak selesa yang anda alami itu anda rasakan keterlaluan, hubungi doktor anda untuk menukar ubat darah tinggi anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.