
Sulit
5 tahun
Ubat gastrik bulan puasa
Hi as’salammualaikum saya wanita yang berumur 26 tahun dan sudah berkahwin. Saya mengalami sakit gastrik yang teruk. Jd saya nak tanya, adakah bahaya untuk saya mengambil sebiji ubat gastrik setiap hari pada waktu sahur? Ubat gastrik HISTAC 150 (150 mg) dan adakah bahaya ubat gastrik ni utk wanita yang mengandung? Sebab saya tengah merancang utk mengandung. Dan satu lagi, period saya tak menentu. Last period 20/3/2020. Bulan ni belum period lagi. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi, ubat yang mengandungi ranitidine termasuklan Histac telah ditarik semula dari pasaran kerana ianya dipercayai boleh menyebabkan kanser. Oleh itu, saya sarankan untuk anda tidak mengambil ubat tersebut.
Untuk masalah gastric anda, saya lebih sarankan untuk anda menjaga pemakanan anda dan mengambil antacid bagi mengurangkan gejala yang anda alami. Selain itu, anda amat disarankan untuk ke farmasi atau berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sesuai dan selamat.
Selain itu untuk masalah haid tidak menentu, ianya boleh disebabkan oleh;
Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.