
Sulit
3 tahun
Ujian covid 19 Vs ujian hiv
Hi Dr… Maaf saya ingin bertanya… Bolehkah alat ujian yang digunakan untuk megesan covid 19,digunakan untuk megesan hiv? Adakah antibodi hiv dapat dikesan melaluai alat ujian covid 19…mohon pencerahan Dr, terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, alat ujian Covid 19 tidak boleh diguna untuk mengesan HIV, tidak dapat mengesan antibodi HIV. Sebab alat ujian yang dihasilkan, disedia untuk mengesan Covid 19, adalah ditentukan dengan gen dan protein virus covid 19 sahaja.
Sesama juga untuk alat ujian diguna untuk mengesan HIV, ia juga akan dihasilkan tertentu dengan gen dan protein virus HIV sahaja. Oleh itu, untuk mengesan HIV, alat ujian berkaitan diperlukan, atau anda juga boleh menjalani ujian HIV yang lebih lanjut di klinik atau hospital berdekatan untuk hasil yang lebih tepat.
Jangan risau sekiranya anda ingin mengambil ujian di klinik atau hospital, sebab seluruh Malaysia, identiti dan data peribadi anda tidak akan didedahkan, hanya anda yang boleh mengakses status anda.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.