ahmadz

5 tahun

Ujian darah dan Hep C

Apakah maksud ujian darah saya hep c- non reactive. Adakah saya kekurangan antibodi?

Selamat pagi! Terima kasih kerana bertanya.

Hepatitis C merupakan sejenis radang hati yang disebabkan oleh jangkitan virus hepatitis C. Untuk mengesahkan jangkitan hepatitis C, ujian darah yang khas akan dijalankan.

Semasa badan kita mengalami jangkitan kuman, sistem pertahanan badan kita akan menghasilkan antibodi yang akan membantu membasmi kuman di dalam badan kita. Antibodi-antibodi ini adalah khas kepada sejenis kuman sahaja.

Oleh itu, jika anda tidak mempunyai jangkitan hepatitis C, maka badan anda tidak akan menghasilkan antibodi terhadap hepatitis C. Inilah yang dimaksudkan dengan antibodi hepatitis C yang tidak reaktif.

Jika keputusan ujian tersebut menyatakan bahawa antibodi hepatitis C anda adalah reaktif, ia bermakna bahawa anda telah mengalami jangkitan virus hepatitis C kerana badan anda akan menghasilkan antibodi yang khusus untuk membasmi virus hepatitis C.

Secara amnya, ujian hepatitis C ini akan diulang semula selepas beberapa bulan. Jika ujian kedua tersebut masih menyatakan bahawa antibodi hepatitis C anda adalah tidak reaktif, maka ia bermakna bahawa anda adalah bebas daripada jangkitan virus hepatitis C.

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Selamat pagi! Terima kasih atas soalan anda.

Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan anda. Hepatitis C adalah jangkitan yang disebabkan oleh virus Hepatitis C dan merupakan jangkitan yang sangat merbahaya sekiranya tidak mendapatkan rawatan.

Terdapat beberapa ujian yang anda boleh dilakukan untuk jangkitan ini, seperti ujian anti-HCV antibodi. Ini adalah protein yang badan anda membuat apabila ia menemui virus hep C dalam darah anda. Mereka biasanya muncul kira-kira 12 minggu selepas jangkitan.

Seperti yang anda telah nyatakan, ujian darah anda adalah non-reactive. Ini bermaksud anda tidak mempunyai jangkitan Hepatitis C. Sekiranya anda terdedah dalam tempoh 6 bulan yang lalu, anda perlu menjalani ujian ini sekali lagi.

Tiada vaksin untuk mencegah hepatitis C. Untuk mengelakkan daripada mendapat virus, anda haruslah amalkan hubungan seksual yang selamat, jangan berkongsi barangan peribadi seperti pisau cukur dan berhati-hati jika anda mendapat tatu atau menindik tubuh.

Peralatan tersebut mungkin mempunyai darah orang lain di atasnya.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)