Sulit
4 tahun
Ujian upt positif tp scan tak nampak
Sy wanita berumur 27tahun. Sy telah berkahwin. Skrg, sy lewat dtg period. Last period 16hb disember 2019. Sy buat ujian upt dan resultnya positif. Kemudian sy pergi ke klinik swasta untuk mengesahkan samada sy pregnant atau tidak. Sayangnya, doktor tak nampak apa2 didalam rahim. Sy juga buat vaginal scan, dan resultnya sama, tak nampak apa2. Adakah disebabkan rahim sy tebal dan terbalik? Atau hamil luar rahim… Mohon pencerahan doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, urine pregnancy test (UPT) adalah alat pemeriksaan yang dapat mendeteksi hormon beta hCG yaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Memandangkan hormon diciptakan oleh plasenta, yang terjadi setelah persenyawaan, hasil tes positif mengesahkan bahawa memang telah terjadi proses persenyawan. Lihat link ini untuk panduan menggunakan alat uji kehamilan.
Justeru, memandangkan anda hasil UPT anda positif, namun hasil scan tidak menemukan janin, terdapat beberapa kemungkinan yang berlaku, seperti:
- Blighted ovum (kantung kosong)
- Kehamilan ektopik (implantasi tidak berlaku di dinding rahim)
- Kehamilan anggur (molar pregnancy)
Seandainya terdapat keraguan tambahan, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.