
Sulit
4 tahun
Upt pertama positif, upt kedua negatif
Saya wanita 23tahun telah berkahwin,saya sudah mempunyai anak berusia 11bulan. Baru baru ini saya lewat haid selama 2bulan, saya agak musykil sebab saya tak. Pernah ada masalah lewat haid… Tetapi baru ini saya cek Upt pertama hasilnya positif, keesokan harinya Upt menjadi negative… Adakah saya ada masalah lain? Seperti cyst atau lain2…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan haid seseorang wanita lewat:
- Kehamilan
- Menyusu badan
- Ketidakseimbangan hormon
- Jadual atau aktiviti harian yang terlalu padat dan aktif
- Tekanan dan stres
- Sindrom polisistik ovari (Polycystic ovarian syndrome)
terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan ujian kehamilan negatif seperti:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Untuk mendapatkan kesimpulan atau diagnosis yang lebih tepat, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.