Sulit
6 tahun
Urat atas zakar sakit bila nak kemut ketika zakar menegang
saya lelaki berumur 20 an…sy ada pakai cream pembesaran zakar…kesan bagus…tetapi selepas 2 hari penggunaan…sy rasa sakit pada urat atas penis ketika menegang…asy akui saya sapu lebiu…adakah ini disebabkan radang krik tersebut…yg mnybabkan urat zakar sy tegang ketika ereksi…apa yang mnybabkan masahlah sy ni ya doktor…sgt hargai jika dr dapat mnjwab soalan sy ini…untuk pngetahuan selepas banguj t
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah zakar sakit ketika menegang boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Peyronie’s Disease (apabila terdapat keradangan pada otot tisu zakar anda yang menyebabkan penghasilan tisu parut pada bahagian otot zakar)
- Priapism (zakar menegang dengan terlalu lama dan menyebabkan kesakitan akibat daripada kesan sampingan ubat-ubatan, penyakit darah beruk, gangguan mental, penyakit darah, penggunaan alkohol, kecederaan pada zakar atau saraf tunjang)
- Balanitis (jangkitan pada kulit zakar)
- Kecederaan pada zakar
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

































