Sulit
4 tahun
Urat dan kulit di atas bahagian atas zakar saya membengkak
Tapi tiada sebarang kesakitan… Adakah perkara ini serius? Kerana saya risau… Bengkak nya agak besar… Tapi tiada sebarang kesakitan… Kerana dulu saya kerap melakukan onani… Kini makin tahun makin kurang saya buat kerana dapat beberapa kesedaran… Tetapi pada tahun ini baru saya sedar bahawa pada bahagian atas zakar saya membengkak dan tiada sebarang kesakitan… Ketika membuang air kecil pon tiada sebarang masalah… Mohon pencerahan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Sukar untuk diertikan apakah yang dimaksudkan dengan urat dan kulit yang membengkak. Secara umum, sekiranya yang terjadi adalah keradangan, maka ia dapat disebabkan oleh pelbagai perkara:
- Balanitis Circinate (seperti yang berlaku pada pesakit dengan penyakit Reiter )
- Balanitis Zoon: keradangan kepala zakar pada lelaki berusia
- Kanser penis
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.