
Sulit
4 tahun
Urat terbelit dan rasa sakit bila diurut antara zakar dan testis
Hi Dr, Saya lelaki berumur 28 tahun. Saya ada rasa urat terbelit di bawah pangkal zakar saya. Antara Penis dan testis. Saya dapat rasakan adasatu urat timbul dan rasa sakit bila urut. Tolong bantu saya Dr. Thank you

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit testis atau buah zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- testicular torsion - buah zakar berbelit
- epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
- orchitis - akibat jangkitan virus atau bakteria
Merujuk kepada kes anda, seandainya anda berasa sakit di testis yang tiba-tiba datang, sebaiknya anda segera mengunjungi unit kecemasan hospital atau merujuk doktor kami. Ini kerana dikhuatiri buah zakar sedang terbelit. Andainya sakit sudah lama pula, sebaiknya anda tetap merujuk doktor sebagai langkah berhati hati kerana testis adalah tempat sperma diproduksi dan masalah di daerah ini dapat mempengaruhi kesuburan anda di masa hadapan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah