
Sulit
4 tahun
Uretha kebawah dan terlalu dekat dengan vagina
Saya berumur 17 tahun.Belum berkahwin.Mempunyai penyakit thalasemia.Sejak beberapa bulan dahulu saya mendapati bahawa uretha saya terlalu berdekatan dengan vagina saya.Uretha saya terlalu kebawah seperti jatuh.Adakah ia normal?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi perlu diperiksa dengan lebih teliti oleh doktor untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan.
Secara amnya, masalah ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara:
- Mengangkat barang berat
- Obesiti
- Meneran ketika membuang air besar
- Fibroid atau polip
- Masalah kelemahan otot
- Kehamilan dan bersalin
Jika anda mempunyai simptom-simptom berikut, anda perlu ke klinik berdekatan:
- iritasi pada bahagian faraj
- kesakitan di bahagian pelvik
- masalah kencing
- organ terkeluar daripada faraj ataupun lubang saluran kencing
Anda masih risau tentang kesihatan anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, untuk mendapatkan kefahaman penuh tentang situasi anda, pemeriksaan lebih lanjut perlu dilakukan. Oleh itu, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.