
Sulit
4 tahun
Usap zakar pada miss V
Saya lelaki usia 20-an. Saya telah berejakulasi pada tangan isteri saya. Kemudian, saya telah mengelap zakar saya dan tangan dia yang terkena air mani saya dengan menggunakan tisu. Setelah itu, saya telah menggosok zakar saya pada miss V dia. Adakah kemungkinan untuk dia hamil itu tinggi kerana kami tidak merancang untuk ada anak pada awal perkahwinan kami. Dia juga mengadu yang dia tak datang haid sebulan. Maksudnya, kami melalukan perkara tersebut pada pertengahan bulan 12. Tapi pada akhir bulan 12 dia tidak datang haid dan sekarang sudah masuk bulan januari. Dan sepanjang bulan 12 ni dia ada banyak kerja dan dia stress. Adakah dia hamil doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan selamat petang. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, jika air mani tidak dilepaskan di dalam faraj, maka kemungkinan untuk hamil adalah amat rendah.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.