Sulit
3 tahun
Vagina Tompok putih seperti panau
Baru baru ni saya perasan vagina sekitar labia mengalami seperti tompok putih mcm panau. Tapi tidak gatal. Adakah ia salah satu penyakit jugak.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkaitan dengan masalah anda, mungkin ia disebabkan oleh jangkitan pada vagina. Ini disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah ;
- Jangkitan kandida (sejenis kulat)
- Bacterial vaginosis
- Chlamydia trachomatis
- Gonorrhea
- Trichomonas vaginalis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.