
Sulit
4 tahun
Xselesa nak bernafas waktu hari hujan
Betul ke polip boleh menganggu pernafasan saya? Dada rasa xselesa(tidak sakit)cuma rasa macam xbiasa.tapi bila bernafas guna mulut dada ok je rasa.tapi bila saya naek motor,pernafasan n pikiran nak focus kat jalan tu mcm bertindih(mcm kena waktu tu nak bernafas waktu tu juga nak fokus kt jalan). Bila jadi mcm tu saya jadi takut. Mlm td saya tdow kepala saya sakit dua2 belah dekat dengan belakang telinga. Nak pusingkan kepala tu mcm kejang. Sebab mlm td saya bnyk PKI yg mcm2

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan penjelasan serta jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, sekiranya anda mengalami masalah polip hidung, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Hal ini kerana polip hidung yang dibiarkan tanpa rawatan berpotensi menjadi besar sehingga menyebabkan komplikasi lain.
Mengenai masalah ketidakselesaan untuk bernafas, ia juga boleh disebabkan oleh beberapa kondisi, secara amnya, seperti:
- masalah paru-paru
- masalah jantung
- alahan
- kekurangan darah merah
- masalah psikiatri (anxiety)
- masalah berat badan berlebihan
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini hanya keterangan am tentang perkara ini. Terima kasih.