Sulit
2 tahun
Zakar Kecil Walaupun Masih Remaja
Saya lelaki berumur 17 tahun, dahulunya saya kuat onani, sekarang saya dah ada kesedaran dan berhenti drpd onani. Saya lihat zakar saya kecil dan saya ngin bertanya, adakah zakar saya masih boleh membesar secara normal ,kerana saya ada terbaca bahawa zakar berhenti membesar pada umur 20-an. Mohon pencerahan doktor.
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda bimbang mengenai saiz zakar anda dan ingin mengetahui jika zakar anda masih boleh membesar secara normal. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, saiz zakar boleh membesar sehingga umur 19-21. Memandangkan anda masih berumur 17 tahun, ada kemungkinan untuk zakar anda membesar lagi. Namun, ia juga bergantung kepada faktor genetik. Jika anda memerlukan nasihat lanjut mengenai perkara ini, sila dapatkan konsultasi dengan doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.