
ngyouheng123444
5 tahun
Zakar Kulit Koyak dan Merah
Hye Dr M Ramzdhan, ada x ubat untuk sapu permukaan konek kulit koyak dan merah ?

5 tahun
Hye! Saya faham tentang kerisauan anda yang berkaitan dengan gejala alat sulit anda. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, gejala yang digambarkan oleh anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya:
- Variasi kulit yang normal pada zakar
- Jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- Jerawat pada zakar
- Fordyce spots
- Tindakbalas alahan
- Jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex
Anda boleh mempraktikkan langkah-langkah kebersihan diri seperti selalu mencuci bahagian kemaluan menggunakan air dan sabun terutama sekali selepas kencing, memakai seluar dalam yang bersih, lap bahagian kemaluan menggunakan tuala yang bersih selepas mencuci bahagian tersebut dan memastikan kawasan kemaluan sentiasa kering dan bersih.
Bagi menjawab persoalan ubat sapu yang anda mahukan, ia perlu berdasarkan punca masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.