
Sulit
3 tahun
Zakar lambat naik
Saya lelaki berumur 26 tahun… Saya baru sebulan mendirikan rumah tangga… Pada awal perkahwinan… Saya tiada masalah bersama isteri… Namun sejak akhir2 ini zakar saya cepat pancut…dan saya ada bertanya pada droncall untuk masalah ini… Dan dr dah memberikan penjelasan… Kemudian baru2 ini saya mendapati yg mana zakar saya lambat tegang… Boleh dr bagi penjelasan… Bantu saya dr… Saya dah tak tau nak buat apa… Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi pihak kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami faham bahawa anda mengalami kelainan zakar lambat menegang. Kami akan cuba membantu anda menyelesaikan masalah ini.
Untuk makluman anda, perkara sedemikian secara umumnya boleh berlaku atas beberapa penjelasan antaranya ialah:
- Masalah psikologi terkait emosi
- Kecederaan zakar
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan serius yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas ,iaitu:
- Penyakit jantung
- Diabetes
- Obesiti
- Kolesterol tinggi
- Darah tinggi
Anda amat digalakkan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.