Sulit
5 tahun
Zakar mengecil dan kerap keluar air mani ketika tidur
Selamat sejahtera doc, apa masalah yg dihadapi jika zakar mengecil tidak kena dgn umur,umur skrg 27, bila mlm kdg2 air mani keluar dgn sendiri? Sebelum ini tidak dinafikan selalu onani, dan sudah sy tidak mengulanginya, apa yang perlu saya lakukan doc? Kerana sy akan berkahwin dan ini membimbangkan kan sy
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
masalah saraf
masalah pada prostat
jangkitan kelamin
radang kelenjar yang menghasilkan air mani
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































