
arifyusof26
2 tahun
Zakar mengeluarkan cecair atau lendir
saya lelaki berusia 30 tahun. zakar saya boleh mengeluarkan cecair atau lendir setiap kali dipicit walaupun dalam keadaan tidak tegang. apa punca dan mengapa

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi oleh suami puan. Untuk makluman pihak puan dan suami, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini, antaranya:
Jangkitan kelamin seperti gonorea
Jangkitan saluran kencing
Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Lendiran tersebut juga berkemungkinan adalah air mani suami puan
Untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh suami anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.