Sulit
2 tahun
Zakar pendek dan mengecil
Hi Dr,
Saya ingin bertanya tentang masalah zakar saya yang mengecut dan pendek pada waktu biasa. Sehingga saya rasa tidak selesa apabila kepala zakar msuk ke dalam dan membuat saya rasa ngilu. Tetapi apabila ia tegang saiznya adalah normal. Adakah normal keadaan ini doktor? Mohon pencerahan
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
*Penyakit jantung
*Diabetes
*Obesiti
*Kolesterol tinggi
*Darah tinggi
Untuk mengurangi gejala tersebut, anda dinasihati agar:
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan daripada merokok
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.