Sulit
3 tahun
Zakar Rasa kurang selesa, sometimes berdenyut,kebas, panas kalau duduk/baring
Minggu lepas saya buat urine test dn doctor mengatakan kandungan kencing sy brcampur darah sedikit +1 shaja.kencing tidak berdarah,normal shaja…cuma smasa baring atau duduk, sy rasakan zakar kebas, dn seperti ada sesuatu pd saluran kencing sy…sy juga pernah langgan pelacur tp gunakan kondom,cuma kdg² seks oral tanpa menggunakan kondom…apa perlu saya buat doc? Adakah sy dijangkiti penyakit kelamin berbahaya? Dan apakah ubat yg perlu sy rujuk pd doc semasa brjumpa nanti?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan salur kencing
- Karang di dalam salur kencing
- Jangkitan buah pinggang
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu diperiksa oleh doktor terlebih dahulu supaya puncanya dapat diketahui dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana hal ini memerlukan perhatian.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di DoctorOnCall untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami. Terima kasih.