Sulit
2 tahun
Zakar susah nk tegang
Hi dc…saya muda lagi baru 21…zakar saya ni sush nk tegang …tengk video atau gmbr lucah je baru tegang tpi cepat layu…MCM mna nak buat zakar saya baik MCM sedia kala dc
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kerisauan anda mengenai masalah ereksi anda. Kami akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, masalah ereksi boleh berlaku disebabkan oleh perkara-perkara berikut :
- Masalah kesihatan mental sepert keresahan, kemurungan dan tekanan
- Masalah kesihatan fizikal seperti hipertensi, penyakit kencing manis, dan penyakit buah pinggang
- Kesan sampingan sesetengah ubat atau suplemen
- Berat badan obese
- Merokok
- Gaya hidup yang kurang aktif
- Pengambilan alkohol secara berlebihan
Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca masalah anda dan seterusnya rawatan yang tepat. Kami tidak dapat menasihatkan anda mengenai rawatan masalah ereksi anda tanpa sejarah kesihatan yang lengkap serta pemeriksaan fizikal dan ujian tambahan. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi bersama doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah