
Sulit
5 tahun
Zakar tidak berubah
Saya seorang lelaki berumur 16thn . Saya dulu pernah beronani , zakar saya kurang memuaskan . Kadang2 saya termimpi basah . Zakar saya tidak berubah langsung macam budak lagi . Boleh bagi tips kat saya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keluhan anda adalah bersifat subjektif. Sebaiknya anda jelaskan dengan lebih lengkap masalah-masalah yang dihadapi. Untuk makluman, dalam proses akil baligh, ukuran zakar tidak berubah serta merta seperti datangnya mimpi basah. Sebaliknya, pembesaran zakar adalah sedikit demi sedikit.
Justeru, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.