Sulit
5 tahun
Zakar tidak mengeras seperti normal
sy umur 36,megalami masalah zakar tidak mengeras pada waktu pagi@ apabila ade rangsangan seksual.soalan sy apakah ade ubat(pil) dari KKM @ rawatan utk masalah ini.utk makluman sy pesakit talasemia alfa.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, masalah zakar tidak mengeras juga dikenali sebagai mati pucuk atau erectile dysfunction. Ini berlaku kerana badan gagal mengenal pasti ransangan terhadap alat kemain, dan otot alat kelamin tidak menegang. Ini menghalang seseorang dari melakukan aktiviti seksual seperti masturbasi dan persetubuhan.
Selain dari kesan fizikal, mati pucuk jugak boleh memberi kesan kepada emosi dan hubungan dengan pasangan. Mati pucuk boleh dirawat. Ia boleh dirawat dengan menggunakan ubat atau pun tidak, bergantung kepada keadaan pesakit dan doktor yang merawat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Yang pertama yang boleh dilakukan ialah dengan mengubah gaya hidup pesakit seperti agar lebih banyak bersenam, berhenti merokok, diet yang seimbang, dan mengurangkan berat badan. Jika ini masih tidak berhasil atau pesakit susah untuk mengubah gaya hidup, alternatif lain seperti terapi minda boleh membantu. Pesakit boleh mendapatkan khidmat terapi psikoseksusual. Kaedah ini terbukti untuk merawat mati pucuk dalam jangka masa yang panjang tanpa sebarang kesan sampingan yang membahayakan kesihatan. Sekiranya masih gagal, ubat boleh diberikan untuk merawat mati pucuk. Ubat kuat zakar membantu melancarkan proses ini sekiranya seseorang mempunyai penyakit yang menyebabkan ketidakmampuan mencapai atau mengekalkan ereksi dalam tempoh yang diingini. Sebarang penyakit yang mengganggu sistem saraf atau sistem saluran darah, boleh menyebabkan kegagalan proses ini. Selain itu, beberapa penyakit lain seperti masalah hormon juga boleh menyebabkan kegagalan ereksi.
Oleh itu, sebaiknya anda merujuk perkara ini secara langsung dengan doktor. Hal ini kerana sebelum sebarang kesimpulan dan rawatan diberikan, maklumat lanjut dan pemeriksaan teliti terhadap pesakit adalah amat penting bagi memahami kondisi kesihatan pesakit yang sebenar.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

































