Sulit
3 tahun
Zakat tidak tegang selepas mengurut
sy berumur 28 thun. selepas mmbuat urut bdan dpusat urut lelaki, sy mendapati zakar sy tidak tegang selepas semggu.adakah saluran darah sy tersumbat yg boleh mnyebabkn penyakit lain
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
- Penyakit jantung
- Diabetes
- Obesiti
- Kolesterol tinggi
- Darah tinggi
Sesi mengurut boleh menjadi punca kepada masalah yang anda hadapi jika urutan tersebut tidak dilakukan oleh seseorang yang bertauliah dan mengundang kecederaan pada zakar anda.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.