Complication after pep smear


Anonymous Patient 18 days

saya berumur 26 tahun dan baru lepas melakukan ujian pap smear, saya dapati selepas melakukan pep smear, kawasan pembukaan vaginal kelihatan luka dan sedikit berdarah. adakah ianya normal selepas melakukan pep smear?. adakah sy perlu pergi ke klinik atau luka tersebut ia sembuh dgn sendiri.

Answered by doctor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli Doctor 18 days
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, spotting normal setelah ujian pep smear. Luka tersebut kebiasaannya akan sembuh sendiri. Anda perlu menjaga kebersihan pada bahagian tersebut. Namun, jika anda mendapati bahagian luka tersebut bernanah, anda mengalami demam, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Last Updated: Mon Jan 06 2020 15:41:25 GMT+0800 (+08)
4.89
Ask a doctor online
Stuck in meetings all day long?
Speak to an online doctor now!
Consult a Doctor Online
Ask Doctor For Free RM12 OFF | Medicines & Supplements