Anonymous

3 years

Genital wart for men

Hi saya nak tanya, hari tu saya ada ke klinik untuk buat cek di kemaluan saya ada macam ketuat. Tapi tak sakit dan tak luka. Nanah apa pun takde. Cuma sakit di mata je bila tengok dengan bintik kecik tu. saya pun dah cek ujian HIV 3 minggu lepas dan result dia negatif. Masalah ketuat di kemaluan saya ni saya dah guna macam2 ubat di farmasi, dia hilang kejap hari tu, then ada balik. Saya dapati benda ni terjadi jika saya bercukur. Setelah membuat kajian di Google, HPV ni adalah yg paling tepat dengan situasi saya. Other STD lain semua bukan. Doktor di klinik masa saya cek hari tu pun cakap bukan. Dia ada bagi saya ubat cream iaitu Zarin Cream, berkesan untuk saya dulu. Tapi sekarang bila saya mencukur bulan lepas, dia naik balik ketuat tu. Kalau saya sapu ubat antiviral sahaja, adakah ia berkesan untuk mengahapus ketuat itu? Dan adakah ia berbahaya untuk diri saya? Mohon jawapan dari doktor. Terima kasih.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, zarin Cream adalah anti-kulat yang digunakan untuk merawat jangkitan kulat tertentu, termasuk kurap, kaki atlet, dan gatal jock.

Manakala warts adalah disebabkan oleh virus papillomavirus manusia HPV. Akan tetapi kajian di google adalah tidak mencukupi membuat diagnosis ini. Hal ini kerana sekiranya zarin cream, ubat anti-kulat berkesan untuk anda, berkemungkinan maslaah yang anda alami adalah bukan warts. Oleh itu, saya tidak menyarankan untuk anda mengambil unbat sapu anti-viral tanpa mengetahui diagnosis yang sebenar.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hanya selepas mengetahui diagnosis yang sebenar, barulah rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sebelum memulakan apa-apa rawatan.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

air-mani-bercampur-darah

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.