Anonymous

3 years

Kenapa BF mom tak boleh ambil Norehisterone

Hi doc…kenapa breast feedng mom,tak boleh ambil norehisterone?tq

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, norethisterone adalah merupakan sejenis pil yang boleh digunakan untuk sebagai pil perancang, dalam merawat endometriosis, kanser payudara, perdarahan rahim abnormal dan sebagainya.

Secara umum, antara kesan samping ubat ini adalah dapat menyebabkan ketidakselesaan (discomfort) pada payudara sehingga kadang berasa sakit. Ini justeru dikhuatiri dapat menganggu keselesaan ibu menyusukan anak. Oleh itu, sekiranya anda mahu mengambil pil perancang, mungkin anda boleh menggunakan pil perancang lain yang lebih aman untuk ibu menyusukan.

Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

AdobeStock_134966952

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.