Perut sebu atau gastrik


farahinn61 Patient 23 days

hai,doktor. Saya ingin bertnya sye ada gastrik , dan angin. Ada apa2 makanan atau menu yang dapat elakkan drpd terkena gastrik atau perut sebu?

Answered by doctor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli Doctor 23 days
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, makanan yang anda perlu elakkan adalah seperti berikut:

  • makanan pedas
  • minuman bergas, kopi
  • alkohol
  • bergoreng yang berlebihan

Paling utama, anda harus makan pada waktu yg ditetapkan dan tidak membiarkan perut anda kosong terlalu lama.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Last Updated: Wed Jan 01 2020 19:02:06 GMT+0800 (+08)
4.89
Ask a doctor online
Stuck in meetings all day long?
Speak to an online doctor now!
Consult a Doctor Online
Ask Doctor For Free RM12 OFF | Medicines & Supplements