Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni
Simptom saya rasa macam angin tersekat kat leher dengan kat dada.xselesa bila bernafas(dhlh hidung sumbat). Bila sendawa angin yg tersekat tadi tu keluar.Adakah itu gastrik? perut saya xsakit.Ada xcara nak hilangkan terus gastrik ni? ataupun ada ubat yg sesuai tok hilangkan gastrik? Ganggu kehidupan saya.Hari2 rasa angin tersekat kat dada dengan leher.Gaviscon dah minum tapi ttp gak sama.
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Pertama sekali, untuk makluman anda, bagi menentukan diagnosis penyakit seseorang pesakit, maklumat lengkap mengenai kondisi kesihatan serta pemeriksaan menyeluruh adalah diperlukan sebelum penentuan dibuat. Justeru, dalam hal ini, bagi menentukan sama ada anda mengalami gastrik ataupun tidak, tidak cukup hanya berdasarkan keterangan yang diberikan di ruangan soalan. Walaubagaimanapun, kami cuba untuk menjelaskan kepada anda berkenaan masalah gastrik.
Secara amnya, gastrik merupakan istilah umum bagi keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut, dimana terma perubatan mengenalinya sebagai ‘gastritis’. Gejala yang hadir dalam penyakit gastrik selalunya adalah ringan dan boleh menghilang sekiranya langkah yang betul diambil oleh pesakit. Antara gejala yang boleh berlaku ialah:
Penyakit gastrik boleh didiagnos secara klinikal setelah doktor mengambil sejarah penyakit yang lengkap berserta dengan pemeriksaan di bahagian abdomen. Sekiranya doktor mengesyaki penyakit lain, ujian yang bersesuaian boleh diambil. Salah satu ujian atau prosedur yang memerlukan pesakit berpuasa di rumah sebelum menjalaninya ataupun ditahan di dalam wad ialah prosedur endoskopi (endoscopy).
Antara langkah yang boleh diambil ialah:
Jalani aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, anda amat digalakkan untuk klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih