Promosi eFarmasi Terkini Konsultasi bersama Pakar
Need Help?
Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Apakah Susu Marigold HL selamat dikomsumsi pesakit gastrik

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Disember 9, 2021 2:11 AM
Sulit 6 bulan

Saya remaja berumur 16 tahun dan saya menghidap penyakit gastrik pada bulan ramadhan yg lalu.saya ingin mencari susu yg mempunyai kalsium dan protein yg tinggi dan apakah susu Marigold HL selamat dikomsumsi ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 6 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui sekiranya susu Marigold HL adalah selamat untuk diminum kerana anda mempunyai sejarah penyakit gastrik. Namun pihak kami tidak dapat memberikan jawapan yang spesifik kerana maklumat yang lebih terperinci adalah diperlukan. Kebanyakkan pesakit gastrik tidak dapat menerima susu kerana samada mereka alah kepada laktosa ataupun susu yang diminum tersebut berasid sedikit yang menyebabkan ketidak selesaan pada perut. Sekiranya anda ingin menggantikan susu untuk mendapatkan kalsium dan vitamin D, anda boleh mencuba makanan lain yang mempunyai khasiat ini yang lebih tinggi seperti tempeh, soya atau tauhu. Selain daripada makanan, anda juga dinasihatkan untuk mendapatkan ubat-ubatan jika perkara ini kerap mengganggu kehidupan seharian anda.

Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor untuk mengetahui tentang kesesuaian pemakanan agar perkara ini tidak berulang.

Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi

caleb-george-AeZncpkqMVU-unsplash%20(1)

Dikemaskini pada: Thu Dec 09 2021 02:11:41 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Dari RM70 Vaksin COVID-19 Dari RM109
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA Saringan Kesihatan Dari RM100
Ambil Ujian Darah
Lakukan ujian darah di rumah anda sekarang. Dapatkan keputusan dalam 2 hari.
Tempah Saringan Darah
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Gastroenterologi tentang gastrik secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80

Soalan Teratas



Kategori


Alahan (35) Anemia (58) Apendiks (1) Asid Refluks (37) Asthma (18) Badan Gemuk (33) Batuk (341) Benjolan Di Kulit (437) Bisul (78) Buasir (254) Cara Berhenti Merokok (46) Chlamydia (12) Cirit Birit (96) Darah Nifas (18) Darah Tinggi (177) Dehidrasi (2) Demam (668) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (69) Derma Darah (25) Ejakulasi Pramatang (199) Ekzema (15) ENT (1185) Fibroid (31) Gallstone (3) Gastrik (74) Gigi & Gusi (579) Gonorea (67) Haid Berlebihan (198) Haid Berpanjangan (922) Haid Lewat (2123) Haid Sakit (243) Haid Tidak Teratur (2613) Hematologi (18) Hepatitis A (3) Hepatitis B (56) Hepatitis C (12) Herpes (94) Hipoglisemia (1) Hipotensi (23) HIV (417) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (5) HPV (43) Influenza (14) Insomnia (103) Jangkitan Coronavirus (3488) Jerawat (202) Kahak (121) Kandidiasis (7) Kebas (305) Keguguran (174) Kehamilan (2422) Kencing Manis (241) Keputihan (814) Keputusan Siasatan (106) Keracunan Makanan (17) Kesihatan Am (4349) Kesihatan Am Wanita (891) Kesihatan Kanak-Kanak (1195) Kesihatan Kulit (86) Kesihatan Lelaki (268) Kesihatan Mental (1025) Kesihatan Rambut (131) Kesihatan Seksual (2683) Ketinggian (24) Ketuat (66) Kolesterol Tinggi (70) Kulat di Faraj (141) Kurang Berat Badan (98) Kurang Selera Makan (65) Kurap (47) Kutu (7) Lebam (6) Makanan Tambahan (110) Masalah Buah Pinggang (69) Masalah Kencing (1106) Masalah kesuburan (18) Masalah Peluh (83) Masalah Penglihatan (27) Masalah saraf (23) Masalah Tangan Dan Kaki (633) Masalah Tidur (147) Mati Pucuk (375) Migrain (57) Mual & Muntah (186) Mulut Berbau (21) Najis Abnormal (322) Najis Berdarah (189) Pedih Ulu Hati (98) Pelindung muka (4) Pencegahan Koronavirus (69) Pendarahan Coklat (189) Pendarahan Spotting (250) Penerangan Penyakit (260) Penerangan Vaksin (8) Pening Kepala (210) Penuaan (6) Penyakit Hati (1) Penyakit Jantung (259) Penyakit Kelamin (1184) Penyakit Kulit (1876) Perancangan Keluarga (1262) Pil Perancang Kecemasan (610) Pitam (94) Prosedur Perubatan (280) Psoriasis (18) Sakit Badan (732) Sakit Belakang (214) Sakit Dada (1204) Sakit Kepala (1484) Sakit Lutut (201) Sakit Mata (410) Sakit Mulut (104) Sakit Otot (64) Sakit Payudara (485) Sakit Perut (1848) Sakit Pinggang (258) Sakit Sendi (7) Sakit Tekak (675) Sakit Telinga (107) Sakit Tulang (169) Sakit Tumit (81) Selsema (62) Selsema burung (4) Sembelit (135) Sendawa (54) Sesak Nafas (930) Sifilis (115) Sinusitis (38) Strok (50) Tidak Datang Haid (225) Tidur Berdengkur (10) Tiroid (205) Tonsil (100) Trauma (15) Ubat-Ubatan (732) Ujian Kehamilan (677) Ulser mulut (34) URTI (107) Vaksin COVID-19 (744) Vitamin dan Nutrisi (115) Wabak bubonic (4)