Promosi eFarmasi Terkini Konsultasi bersama Pakar
Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Bila boleh sembuh,doc

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: April 9, 2021 9:44 AM
Sulit 7 bulan

Gastrik boleh sembuh x,doc? Sejak seminggu lepas jadi mcm ni.sebelum tu ok je. Tidur xlena perut asyik berbunyi selalu sendawa.baru kejap ni asid/gas naek ke tekak(rasa mcm bergas²).cepat2 saya minum air.Tapi saya TIDAK sakit perut pun. normal je mcm biase.

Dr Sashini Seeni 7 bulan
General Practitioner

Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah gastrik yang anda hadapi. Untuk makluman anda, organ perut mempunyai kelenjar-kelenjar yang menghasilkan asid dan enzim untuk mencerna makanan. Asid yang dihasilkan oleh perut mampu melukakan perut, tetapi dinding perut dilindungi daripada hakisan asid tersebut oleh sebuah lapisan lendir yang bersifat melindungi. Penyakit gastrik berlaku apabila berlaku keradangan lapisan dalam perut akibat hakisan asid. Fenomena tersebut mungkin kerana lapisan lendir yang kurang atau penghasilan asid perut berlebihan disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Penyakit gastrik boleh berlaku secara tiba-tiba (gastrik akut) atau secara progresif (gastrik kronik).

Faktor-faktor risiko yang boleh menyebabkan atau memperberat gejala penyakit gastrik ini adalah seperti:

  • Merokok
  • Usia yang lanjut
  • Stres yang berlebihan
  • Keturunan keluarga
  • Sering mengambil makanan yang pedas
  • Pengambilan kopi dan teh yang berlebihan
  • Masalah kesihatan lain seperti penyakit Crohn,jangkitan parasit HIV serta jangkitan parasit

Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.

Antara tips untuk merawat masalah ini adalah seperti:

  • Berhenti merokok kerana merokok akan meningkatkan penghasilan asid dalam perut
  • Kurangkan pengambilan alkohol kerana alkohol mengakibatkan keradangan dinding perut
  • Mengurangkan pengambilan makanan pedas dan berasid kerana mampu menyebabkan hakisan pada dinding perut
  • Menasihati pesakit untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap supaya asid yang dihasilkan setiap kali makan adalah pada tahap optimum
  • Kawalan stress yang baik

Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini

66-700x430

Dikemaskini pada: Fri Apr 09 2021 09:44:25 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Gastroenterologi tentang gastrik secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Vaksin COVID-19

Soalan Teratas



Kategori


Alahan (33) Anemia (56) Asid Refluks (36) Asthma (18) Badan Gemuk (32) Batuk (301) Benjolan Di Kulit (408) Bisul (74) Buasir (247) Cara Berhenti Merokok (45) Chlamydia (11) Cirit Birit (91) Darah Nifas (18) Darah Tinggi (173) Dehidrasi (2) Demam (653) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (56) Derma Darah (21) Ejakulasi Pramatang (199) Ekzema (15) ENT (1143) Fibroid (30) Gallstone (3) Gastrik (66) Gigi & Gusi (563) Gonorea (67) Haid Berlebihan (191) Haid Berpanjangan (904) Haid Lewat (2072) Haid Sakit (242) Haid Tidak Teratur (2536) Hematologi (18) Hepatitis A (3) Hepatitis B (53) Hepatitis C (12) Herpes (90) Hipoglisemia (1) Hipotensi (22) HIV (387) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (4) HPV (43) Insomnia (103) Jangkitan Coronavirus (3409) Jerawat (194) Kahak (114) Kandidiasis (7) Kebas (296) Keguguran (163) Kehamilan (2324) Kencing Manis (238) Keputihan (794) Keputusan Siasatan (95) Keracunan Makanan (16) Kesihatan Am (4819) Kesihatan Am Wanita (802) Kesihatan Kanak-Kanak (1129) Kesihatan Kulit (74) Kesihatan Lelaki (186) Kesihatan Rambut (125) Kesihatan Seksual (2589) Ketinggian (21) Ketuat (66) Kolesterol Tinggi (69) Kulat di Faraj (141) Kurang Berat Badan (95) Kurang Selera Makan (61) Kurap (47) Kutu (7) Lebam (6) Makanan Tambahan (102) Masalah Buah Pinggang (67) Masalah Kencing (1072) Masalah kesuburan (18) Masalah Peluh (77) Masalah Penglihatan (24) Masalah Psikiatri (933) Masalah saraf (16) Masalah Tangan Dan Kaki (590) Masalah Tidur (127) Mati Pucuk (365) Migrain (57) Mual & Muntah (173) Mulut Berbau (18) Najis Abnormal (312) Najis Berdarah (180) Pedih Ulu Hati (98) Pelindung muka (4) Pencegahan Koronavirus (61) Pendarahan Coklat (182) Pendarahan Spotting (243) Penerangan Penyakit (177) Pening Kepala (187) Penuaan (6) Penyakit Jantung (253) Penyakit Kelamin (1171) Penyakit Kulit (1849) Perancangan Keluarga (1231) Pil Perancang Kecemasan (600) Pitam (91) Prosedur Perubatan (223) Psoriasis (18) Sakit Badan (680) Sakit Belakang (198) Sakit Dada (1171) Sakit Kepala (1445) Sakit Lutut (197) Sakit Mata (386) Sakit Mulut (101) Sakit Otot (63) Sakit Payudara (470) Sakit Perut (1770) Sakit Pinggang (247) Sakit Sendi (6) Sakit Tekak (663) Sakit Telinga (102) Sakit Tulang (142) Sakit Tumit (77) Selsema (57) Selsema burung (5) Sembelit (129) Sendawa (52) Sesak Nafas (894) Sifilis (113) Sinusitis (38) Strok (47) Tidak Datang Haid (213) Tidur Berdengkur (10) Tiroid (198) Tonsil (96) Trauma (14) Ubat-Ubatan (684) Ujian Kehamilan (663) Ulser mulut (32) URTI (107) Vaksin COVID-19 (709) Vitamin dan Nutrisi (111) Wabak bubonic (4)