Anonymous

6 years

Masaalah cepat kilmaks

Saya lelaki berusia 48 tahun. Masaalah saya cepat klimaks bila bersama dgn isteri. Tak sampai 5 minit.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ejakulasi pramatang adalah suatu keadaan apabila seseorang lelaki ejakulasi dalam tempoh yang cepat yang mana pada 77% pesakit PE didapatkan mereka ejakulasi secepat 1 minit setelah persetubuhan. Justeru, dalam kes anda belum boleh dikatakan anda cepat klimaks.

Secara umum, cepat klimaks boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Ketidakupayaan untuk mengawal ejakulasi
  • Faktor intrapsikik seperti anxiety, kemurungan dan rasa bersalah
  • Masalah interpersonal seperti hubungan dengan pasangan dan respons pasangan
  • Gangguan atau kerosakan saraf
  • Kesan pengambilan sesetengah ubatan

Memandangkan ia dapat disebabkan oleh pelbagai hal dan faktor risiko, adalah sebaiknya anda merujuk doktor untuk mengenalpasti penyebab sebenar terjadinya ejakulasi pramatang ini. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

menshealth

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.