Anonymous

5 years

Masalah cepat pancut dan pandai mati sendirinya

Saya lelaki berumur 24 tahun saya ada masalah cepat pancut dan cepat lemat lepas tu pandai mati sendiri macam mana mau selesai kan tu dok

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kebanyakan kes, ejakulasi pramatang adalah disebabkan oleh faktor psikologi dan mempunyai prognosis yang baik.

Selain itu antara rawatan ubat bagi masalah ini adalah

  • Ubat antidepresan

  • Ubat Dapoxetine

  • Terapi topikal

Rawatan di rumah untuk membantu lelaki yang menghadapi masalah ini adalah

  • Kaedah permulaan dan hentian: cara ini bertujuan untuk meningkatkan kawalan seseorang terhadap ejakulasi. Sama ada lelaki atau pasangannya menghentikan rangsangan seksual pada ketika dia merasa dia akan mempunyai orgasme, dan kembali merangsang apabila sensasi orgasme telah reda.

  • Latihan Kegel, yang bertujuan untuk menguatkan otot bawah pinggul, boleh membantu lelaki dengan ejakulasi pramatang seumur hidup. Antara terapi fizikal yang boleh dijalani adalah:

    • fisio-kinesioterapi untuk mencapai penguncupan otot

    • elektrostimulasi lantai perineum

    • “biofeedback” yang membantu mereka memahami bagaimana mengawal kontraksi otot di lantai perineum

Sekiranya masalah ejakulasi pramatang masih terjadi walaupun telah mencuba beberapa cara untuk atasi isu ini, anda haruslah berunding dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang secukupnya supaya ia tidak menjejaskan hubungan seksual anda dengan pasangan anda.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatan yang sesuai, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

mimpi-basah

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.