
Anonymous
3 years
Pregnancy and vaccine
Saya sedang cuba untuk hamil. Boleh ke amik vaccine astrazaneca?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 years
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami
Kami memahami kebimbangan anda mengenai pengambilan vaksin di saat merancang untuk hamil.
Menurut maklumat terkini, hanya vaksin Pfizer Covid-19 yang pada masa ini disyorkan untuk ibu hamil dan menyusu, sementara penggunaan vaksin lain untuk wanita hamil akan diputuskan oleh JKJAV kemudian.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) untuk maklumat lebih lanjut. Sementara itu, terus amalkan kebersihan tangan, memakai topeng muka dan menormalkan jarak sosial / fizikal.
Hubungi CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Please visit https://covid-19.moh.gov.my/ to get the latest information and guidelines regarding COVID-19 and COVID-19 vaccination
To Book Private COVID-19 Vaccination, Click Here
To Book COVID-19 PCR/RTK Test, Click Here