Anonymous

2 years

Tangan kebas, selalu terlupa dan sakit kepala

Salam sejahtera doktor. Saya perempuan berumur 24 tahun, sejak kebelakangan ni saya selalu terlupa benda kecil atau kadang2 buat benda sampai 2 kali dan tangan selalu kebas sebelah. Mula2 saya syak sbb effect vaksin tp lepas hampir seminggu tangan still kebas and ingatan mcm tumpul

Dr Ramzdhan,

2 years

Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami ingin mengucapkan tahniah atas vaksinasi anda.

Mengikut penerangan anda, simptom-simptom yang dialami oleh anda adalah konsisten dengan kesan sampingan vaksin. Vaksin tersebut akan mengambil masa beberapa minggu untuk memberi imuniti terhadap penyakit covid. Oleh itu, ia boleh menyebabkan gejala yang anda alami.

Selepas menerima vaksin COVID-19, anda harus melaporkan diri kepada doktor jika anda mengalami kesan sampingan vaksin seperti:

  • Sukar untuk bernafas
  • Jantung berdegup laju
  • Bahagian suntikan menjadi bengkak
  • Bengkak pada muka, bibir atau tekak
  • Pembentukan ruam di seluruh badan
  • Rasa pening

Anda boleh merujuk masalah ini dengan lebih lanjut jika anda masih risau tentang kondisi anda. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.

Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

240_F_133751643_fxfcTlO3Wa78HlgKJsKprepRjhldLrFq

Please visit https://covid-19.moh.gov.my/ to get the latest information and guidelines regarding COVID-19 and COVID-19 vaccination

To Book Private COVID-19 Vaccination, Click Here

To Book COVID-19 PCR/RTK Test, Click Here

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.