
Anonymous
4 years
Testis sakit terasa berat dalam jangka masa yang panjang
Saya berumur 27tahun. Mengalami sakit di testis dalam jangka masa yang panjang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
testicular torsion - buah zakar berbelit
epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
orchitis - akibat jangkitan virus atau bakteria
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Lebih-lebih lagi jika sakit ini berlarutan atau semakin parah.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.