Sulit
6 tahun
1st mengandung dan sudah 6 bulan..hari ni mengalami kencing berdarah
Saya mengandung 6 bln…pagi tadi saya mengalami sembelit dan terdapat sedikit darah…dlm ptg mcm tu, saya dapat air kencing saya pulak bercampur dengan darah…adakah perlu sy buat pemeriksaan lanjut? Atau ianya adalah disebabkan luka semasa membuang pada pagi hari?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang saluran/pundi kencing - akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Masalah buah pinggang - seperti penyakit imun (SLE, penyakit Wegener)
- Kesan ubat atau makanan
Memandangkan gejala ini telah berlaku sewaktu anda sedang hamil, dikhuatiri keadaan penyakit akan bertambah parah dan dapat memberi kesan terhadap proses persalinan dan bayi anda nanti. Maka, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































