Sulit
2 tahun
1st Period under Age
Doctor morning, anak saya berumur 10 thn dan dia dapat 1st period pada bulan Aug lalu, boleh ke doctor suggests untuk hentikan ,sebab dia masih kecil dan tak pandai untuk uruskan diri dia . Risau bila dia ke sekolah nanti menyusahkan dia.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap anak anda yang telah mendapat haid pada usia 10 tahun. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, remaja perempuan akan mengalami akil baligh di antara umur 9-16 tahun. Perubahan ini adalah sesuatu perkara yang normal dan tidak perlu dirisaukan. Kami menasihatkan anda untuk memberi tunjuk ajar kepada anak anda untuk menguruskan diri sendiri dan tidak mengambil langkah-langkah untuk menghentikan haid kerana ia boleh memberikan kesan sampingan. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.