
Sulit
4 tahun
2 Bulan lewat Upt samar
Assalamualaikum doctor. Last period sy 3.11.2020 3.12.2020 hanya keluar coklat 2,3 tompok lepastu dah takde. 6.12.2020 sy berjumpa dengan doc dan check upt positif tetapi line kedua samar2…pada 10.12.2020 second apoitmnt dengan doc dan doc check lagi upt masih samar2 lagi dan scan doc tak jpa kantung lagi. dan bulan Jan ni takde tanda2 sy nak period dan perut sy rasa sedikit membesar dan tidak selesa ada ketika seperti kembung dan mengeras. harini 09.01.2021 tghari ketika saya ingin membuang air kecil keluar drh bersama air kencing tersebut dan sy korek dengan cotton bud di alat sulit sy ada melekat coklat terang. dan skg sakit dibwh perut seperti sengugut. utk pengetahuan doc sy ada bersama dengan suami
mlm semalam…Adakah punca bersama dengan suami nye keluar coklat seperti darah tu ye doc? mohon penjelasan doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ujian UPT menggunakan hormon hCG dimana jika terdapat hormon tersebut memberi gambaran yang anda sedang hamil. Anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja ujian UPT apabila lewat haid dan disebabkan perubahan jumlah hormon tersebut di dalam badan, ia mengakibatkan sesetengah ujian kabur dan terang berbeza mengikut hari dan individu. Namun, secara kesimpulannya, jika ianya positif, maka keseluruhan ujian adalah positif walaupun garisan itu nampak seperti samar dan kabur.
UPT yang terdapat di pasaran mempunyai sensitiviti yang berlainan. Ada yang dapat mengesan kehamilan yang masih awal, ada juga yang memerlukan hormon yang lebih tinggi untuk menjadi positive. Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt, iaitu :
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Untuk mengatasi masalah ini, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya darah warna coklat/tompokan keluar antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.