Sulit
4 tahun
2 bulan tidak period
saya wanita berumur 21 tahun . saya tidak period selama 2 bulan , dan saya kerap kencing dan keputihan saya kerap keluar
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda disebabkan anda tidak datang haid buat dua bulan dan ini juga disertai dengan gejala seperti kerap kencing dan keputihan. Kami akan cuba membantu anda. Terlebih dahulu, haid yang lewat boleh disebabkan oleh beberapa perkara dan ini memerlukan pemeriksaan lanjut.
Antara faktor yang lazim dikaitkan dengan masalah dan gejala yang dialami oleh anda adalah:
- Kehamilan
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Sista ovari (ovarian cyst)
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Sekiranya anda mengalami gejala-gejala ini, sila berjumpa dengan doktor segera:
- Demam
- Sakit perut atau bahagian ari-ari
- Pendarahan atau keputihan berbau daripada faraj
- Air kencing bercampur darah atau/dan bernanah
- Pening kepala
- Sakit kepala
Gejala yang dialami oleh anda memerlukan anda melakukan pemeriksaan fizikal dan juga beberapa siri siasatan untuk mengetahui puncanya. Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami harap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.

























