
Sulit
3 tahun
2 minggu lebih selepas vaksin dos kedua
Hai dokter sya seorang lelaki berumur 22 tahun…sya sudah membuat ujian darah untuk penyakit seperti HIV, HEPATITIS B,C dan hasil keputusan nya nonreactive…sakit yg sya alami adlh…sya mempunyai kembang pada kelenkang paha…dan urat sya juga seperti kembang, bdan juga terasa lemah, dan bru2 ini sya bru sedar yang sya juga seperti mengalami jangkitan candidiasis pada lidah saya …penyakit apakah yg sya alami dokter…?saya sudah kerap ke hospital…tpi dokter juga msih blom dpat ketahui penyakit yg sya alami…sya juga seorang perokok tegar…dan meminum arak(sebulan sekali,dua kli)selain drpda ujian penyakit seksual…ujian darah untuk buah pinggang dan hati juga telah dlkukan dan hsil kptsn smua ok…sya menghidap pnyakit ini sdah lebih 2bulan…dan keadaan penyakit sya msih sama tiada perubahn…

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, mempunyai kembang pada kelenkang paha, urat juga kembang dan badan lemah, adalah bukan kesan vaksinasi, tetapi boleh disebab oleh beberapa perkara lain. Contohnya:
- Angin pasang
- Varicocele (perkembangan urat di sekitar testes)
- Hydrocele (pengumpulan cecair di sekitar testes)
- Spermatocele (pengumpulan air mani di sekitar testes seperti sista)
- Hematocele (pengumpulan darah di sekitar testes, biasanya sebab kecederaan)
- Ketumbuhan
Selain itu, jangkitan candidiasis pada lidah boleh terjadi sekiranya kebersihan mulut anda kurang memuaskan ataupun imun menurun disebab oleh rokok dan arak.
Kami menyaran anda merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lanjut, menjalani sebarang periksaan serta penyelidikan berkaitan untuk mengetahui punca penyebab gejala anda. Oleh itu, rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincangkan.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Urologi.