
Sulit
4 tahun
20% hati cirrhosis, apabila makan, rasa nk muntah dan tak lalu makan
Baru-baru ini, Ibu mengalami masalah 20% cirrhosis dan kencing manis. Hospital memberi ubat yang dimakan hanyalah 2 iaitu Glucophage and MR(untuk kencing manis). Ibu lapar namun tak mampu makan disebabkan rasa nak muntah. Ia berlarutan sehingga sekarang sejak 3 minggu lepas. Apakah puncanya dan apakah resolusinya? Apakah ubat yang sesuai utk menghilangkan loya ibu

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, secara amnya, loya dan muntah adalah gejala yang sering berlaku pada pesakit masalah hati. Rasa loya boleh berlaku disebabkan peningkatan toksin akibat tidak dapat mengurangkan dan mengeluarkannya dari aliran darah dan gejala muntah selalu dikaitkan dengan masalah hati. Namun selain daripada masalah hati terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah loya dan muntah seperti:
- kekurangan gula dalam tubuh
- kekurangan rehat atau tidur
- rutin makan yang kurang sihat
- tanda-tanda dehidrasi
- Keracunan makan
- Ulser perut
- Gastrik ( Gastritis )
- Ketidakseimbangan hormon atau masalah enzim penghadaman
- Jangkitan kuman pada usus atau perut.
- Penyakit keradangan pada usus
- gangguan kitaran haid
- gangguan hormon
- mahupun gangguan organ wanita
Untuk mengetahui punca masalah ini, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Terima kasih
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pegawai khidmat pelanggan kami akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini